Friday, March 4, 2016

3/3/2016 - Tarikh Keramat (Keputusan SPM keluar)

Assalamualaikum! Annyeonghaseyo!
Seperti tajuk di atas... Ya! Semalam keputusan SPM 2015 sudah pun keluar. Qin punya result???? Kecewa sikit hati ini kerana tidak dapat seperti yang diinginkan.... Hari ini baru boleh move on. Baru boleh accept reality.

Yalah selama ini exam dekat sekolah boleh dapat 6A @ 7A. Sekali keluar result SPM yang sebenar ni, Hah.. tu dia KEDEBUSH! Betul kena kejutan budaya. (Hari ini ponteng kerja. Tak de mood nak gi kerja) Ada hikmah.. selama ni tolong nasihatkan orang yang down, kali ini Qin yang dapat nasihat. Siapa tak kecewa.. sedih la... Harapan nak gembirakan hati ibu tak dapat. :(

Tapi, yalah... SPM adalah permulaan perjalanan menempuh ke dunia yang lebih luas,.. Mungkin rezeki Qin bukan dekat SPM. Mana tau rezeki Qin kat tempat lain. InsyaAllah. Ni namanya Allah nak suruh kita bersyukur. Allah nak tunjukkan yang kita bukan selalu di atas. Baiklah Qin akan sentiasa ingat. Mungkin selama ini kena marah dengan ibu.. Tapi semalam ibu tepuk bahu, "Takpe... awak dah buat yang terbaik." Tahu tak perasaan bila ibu kata macam tu... terus air mata mengalir. Takde sedu sedan dah. Dia mengalir je.

Lepas dah ambil slip keputusan, aku jumpa Teacher Munzarina @ Tc Mun. Tc yang paling baik dan friendly bila ajar maths. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, Maths adalah subjek kegemaran aku. Dah janji dengan tc nak jumpa lepas dapat result. Memang Qin nangis la peluk Tc. Sebab Tc ajar Qin setahun je (waktu form 4). Form 5 cikgu lain ajar. Cikgu Form 5 pun best.

Next Qin jumpa cikgu kimia Qin, Teacher Suriana @ sensei. Panggil sensei sebab tc cikgu bahasa jepun kat sekolah Qin. Qin tak jumpa cikgu lagi satu. Cikgu Noridawati @ Cikgu Eda. Both of them memang cikgu kimia yang tip top kat sekolah Qin. And, dari awal tahun Qin start masuk form 4 sampai la form 5, Qin tak pernah lepas kimia. Thats mean, Qin akan dapat gred E atau D je yang paling tinggi pun. Sekali tengok result tak dapat E... pehh Bahagia dia tu.. jangan cakap. Memang Qin nangis masa peluk sensei. Jangan tanya sebab apa. Siapa yang pernah alami je faham.

Qin ada la juga jumpa cikgu yang lain. Tapi tak jumpa cikgu Fizik. keciwa sedikit. Jumpa la jugak cikgu2 yang lain.

Anyways... Qin nak ucapkan Tahniah dekat students yang berjaya dapat straight A. Yang tak dapat tu, jangan sedih sampai nak mereputs. Sia-sia hidup je. Ada lagi peluang dekat lain. Try to look at positive way. Rezeki Allah ada di mana-mana. Future kau... Allah tahu.


Pelajar SMKPP 11(1) yang dapat 5A and above. 
Duduk dari kiri: Tasya, Marsha, Suhaida, Irdina, Aliya dan Anis
Atas dari Kiri: Ainul, Fatin, Ayah Aiman Jo, Adli, Syazwan, Liyana(11A), En. Khairul Anuar, Puan Sri Halimah, (baju hitam tu, Qin tak kenal), Sahira(9A), Ros, Nabilah dan Adriana.

Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

No comments:

Post a Comment