Sunday, April 17, 2016

I dream about HIM!!

Assalamualaikum!!!!
Hari ini kan... Qin mimpi dia. Fuyooo.... Agak lama juga la Qin tak mimpi dia. Tetiba, hari ini Qin mimpi dia. 
(I'm so Happy!)

Mimpinya begini :
Qin pergi shopping dengan kawan Qin. Qin teman dia cari beg. Macam handbag pun ada. Lepas tengok-tengok beg, kami pun pergi jalan-jalan. Tengah jalan-jalan, sekali depan kedai buku terjumpala dengan bekas-bekas senior. Terselit pula kawan Qin dekat situ. Mungkin sebab ada abang dia.
Time tu, diorang macam tengah say goodbye kat seseorang. Qin tegur kawan Qin yang ada kat Situ. Dia tarik Qin jauh-jauh. Dia cakap kat Qin macam ni... 
Kawan Qin : Dia nk pergi dah.
Qin : Siapa?
Kawan Qin : H la!
Qin : Pergi mana?
Kawan Qin : London, kalau tak silap aku.
Masa tu rasa macam.... uwaaaa kenapa kau perlu pergi. Nanti I nak tengok siapa.... I rasa nak nangis time tu. Tetiba je dia nak pergi.
Lepastu, Qin nampak dia pergi... macam nak jawab phone. Qin nampak sampul coklat, rasa macam ada dokumen kot. Tetiba la pula kan... Qin pergi ambik sampul tu and lari. Mimpi kan... apa-apa boleh jadi. Nak terbang ke, nak hilang ke...  Tapi Qin tak terbanglah. Dalam mimpi ni, Qin boleh buat parkour. (muka bangga kit) Qin lari dia. Dia jerit suruh pulangkan balik sampul dia tu. Tapi, Qin tak nak. Qin tak nak dia pergi.
Lari punya lari, ingat tak penat ke lari dalam shopping mall. Entah macam mana, time tu boleh terjatuh pula. 
H : Caught you! *penat*
Qin just pandang je dia. Dah tak tahu nak buat apa.. redha je la. dah kena tangkapkan.
H : Why?
Qin bagi balik sampul dia tu. Dua orang kawan Qin tolong Qin bangun.
Qin : Jom Chi. Nia, jumpa kau lain kali. 
Qin nak blah dari situ. Sekali abang Nia marah Qin. Dia kata Qin macam-macam. Qin tahan je. Malas nak layan. Dia tak tahu.. Qin dah lama suka H ni. Tapi Qin tahu H dah ada yang punya.
Yahhh! Hati dan perasaan.. bukan kita yang control.
Nia : Diam lah. Apa yang korg tau! Dia dh lama suka ke apa ke.. bukan korg perasaan pun. And sorry to say,but she's not a stalker!
Qin : Nia...
Nia : Kau diam qin. Dia dah lama perhatikan H, and tak pernah sekalipun dia timbulkan masalah. Dia hormat H. And dia juga tahu H ada kak N.
Memang semua terdiam. And.. I tak tahu nak kata apa. Rahsia dah terbongkar. I diam and tarik Chi. Blah dari situ.
H : Is that true?
Qin diam.

Sampai situ je la. Sebab jam loceng dah bunyi. Nak pegi kerja ya, wahai kawan. >.<
But... I'm so sad... Ia hanya mimpi........ takpelah.. sis redha.

Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

Thursday, April 14, 2016

I got my eye on you ❣❣❣❣❣❣

Assalamualaikum! Hai!
Hari ini feeling excited sangat... 
Kenapa????
Sebabnya :
  1. DAH DAPAT GAJI.
  2. JUMPA KAWAN LAMA.
  3. I GOT TO SEE HIM!!!!
Okay. I'm so excited right now. He is my crush since I in my form 1 until now. Yeah. I still have feeling for him deep in my heart. Unfortunately, he already got a girlfriend. A really pretty one. So, I just can adore him from far far away.
Well... I don't want to tell you guys a sad story. Its my happy day.
I think he be a facilitator for my ex-school orchestra. He's a violinist by the way.

I share this moments with one of my best friend. She always be my 'love victim'. Sebab hanya dia sahaja yang layan cerita 'cinta' saya. 

So, for today... I think he remember me being his junior. I think so. Because... HE SMILE AND WAVE AT ME!!!

Can you feel that??? When someone that you love/adore/have a crush smile at you????

I feel like.. gosh. It's my lucky day. I got to meet with him after a year(maybe). I don't know why I feel this excited when I  see him. 

My heart be like DUP DAP DUP DAP...
AND I GOT GOOSEBUMPS TOO!!!!

Okay.. marilah sedar diri Qin. Kau dengan dia macam langit dengan bumi, Berbeza gila. (kecuali darjat la. Sama je. Orang biasa juga. Bukan anak raja atau anak datuk ke.)

Tapikan... biarlah ia menjadi satu impian, di mana Qin boleh jumpa dan bercakap dengan dia. Suatu hari nanti.... InsyaAllah.



Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

Friday, March 4, 2016

3/3/2016 - Tarikh Keramat (Keputusan SPM keluar)

Assalamualaikum! Annyeonghaseyo!
Seperti tajuk di atas... Ya! Semalam keputusan SPM 2015 sudah pun keluar. Qin punya result???? Kecewa sikit hati ini kerana tidak dapat seperti yang diinginkan.... Hari ini baru boleh move on. Baru boleh accept reality.

Yalah selama ini exam dekat sekolah boleh dapat 6A @ 7A. Sekali keluar result SPM yang sebenar ni, Hah.. tu dia KEDEBUSH! Betul kena kejutan budaya. (Hari ini ponteng kerja. Tak de mood nak gi kerja) Ada hikmah.. selama ni tolong nasihatkan orang yang down, kali ini Qin yang dapat nasihat. Siapa tak kecewa.. sedih la... Harapan nak gembirakan hati ibu tak dapat. :(

Tapi, yalah... SPM adalah permulaan perjalanan menempuh ke dunia yang lebih luas,.. Mungkin rezeki Qin bukan dekat SPM. Mana tau rezeki Qin kat tempat lain. InsyaAllah. Ni namanya Allah nak suruh kita bersyukur. Allah nak tunjukkan yang kita bukan selalu di atas. Baiklah Qin akan sentiasa ingat. Mungkin selama ini kena marah dengan ibu.. Tapi semalam ibu tepuk bahu, "Takpe... awak dah buat yang terbaik." Tahu tak perasaan bila ibu kata macam tu... terus air mata mengalir. Takde sedu sedan dah. Dia mengalir je.

Lepas dah ambil slip keputusan, aku jumpa Teacher Munzarina @ Tc Mun. Tc yang paling baik dan friendly bila ajar maths. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, Maths adalah subjek kegemaran aku. Dah janji dengan tc nak jumpa lepas dapat result. Memang Qin nangis la peluk Tc. Sebab Tc ajar Qin setahun je (waktu form 4). Form 5 cikgu lain ajar. Cikgu Form 5 pun best.

Next Qin jumpa cikgu kimia Qin, Teacher Suriana @ sensei. Panggil sensei sebab tc cikgu bahasa jepun kat sekolah Qin. Qin tak jumpa cikgu lagi satu. Cikgu Noridawati @ Cikgu Eda. Both of them memang cikgu kimia yang tip top kat sekolah Qin. And, dari awal tahun Qin start masuk form 4 sampai la form 5, Qin tak pernah lepas kimia. Thats mean, Qin akan dapat gred E atau D je yang paling tinggi pun. Sekali tengok result tak dapat E... pehh Bahagia dia tu.. jangan cakap. Memang Qin nangis masa peluk sensei. Jangan tanya sebab apa. Siapa yang pernah alami je faham.

Qin ada la juga jumpa cikgu yang lain. Tapi tak jumpa cikgu Fizik. keciwa sedikit. Jumpa la jugak cikgu2 yang lain.

Anyways... Qin nak ucapkan Tahniah dekat students yang berjaya dapat straight A. Yang tak dapat tu, jangan sedih sampai nak mereputs. Sia-sia hidup je. Ada lagi peluang dekat lain. Try to look at positive way. Rezeki Allah ada di mana-mana. Future kau... Allah tahu.


Pelajar SMKPP 11(1) yang dapat 5A and above. 
Duduk dari kiri: Tasya, Marsha, Suhaida, Irdina, Aliya dan Anis
Atas dari Kiri: Ainul, Fatin, Ayah Aiman Jo, Adli, Syazwan, Liyana(11A), En. Khairul Anuar, Puan Sri Halimah, (baju hitam tu, Qin tak kenal), Sahira(9A), Ros, Nabilah dan Adriana.

Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

Friday, February 5, 2016

Merentas Desa @ Merentas Putra

Assalamualaikum. hai semua *lambai tangan*

Merentas desa @ merentas putra sebab aku tinggal kat putrajaya. Ia seperti acara tahunan dan acara wajib bagi setiap sekolah. Dan semestinya aku dah menyertai sejak Tahun 4 sehinggalah aku tingkatan 5. Dan aku tak pernah menang walau sekalipun.
Oh ya! kenapa tetiba topik merentas desa dipilih. Sebab.... hm.. ada memori yang aku tak pernah lupa.
Kalau tak silap... ia berlaku pada tahun 2013@2014. Sehari sebelum hari kejadian, akan ada latihan untuk kami semua tengok trek larian. So ia berlaku ketika itulah. Asalnya langit cerah sahaja. Elok je ada matahari bersinar terang. Itulah, orang kata langit tak selalunya cerah. Nak dikatakan, hujan pula. *sobs*sobs*sobs* Sedih tau kita masa tu. Dah la jauh lagi nak sampai sekolah TT.TT Tetiba hujan pula. Yang kelakarnya, my phone!!!! (p/s: budak-budak, jangan melanggar peraturan sekolahnya!!)
Habis phone aku basah :') <-- (masa ni still pakai CSL. Sekarang dah tukar.)
Dipendekkan cerita, sampai sekolah, masuk kelas, minum air, ceraikan telefon dan keringkan. Memang masa tu, dah risau... kena marah dengan mak la , itulah ini la... tapi, nasib baik tak ada apa-apa. Tu je nak citer sebenarnya.

2015 : Tahun terakhir kami merentas desa... Muka bahagia je semua. (07/03/2015)


Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

Sunday, January 17, 2016

2016

What should I write about 2016?
My wishlist?
My precious one?
Who I am?
Uggh just kidding Emoticon crying tears of joy Emoticon crying tears of joy Emoticon crying tears of joy
Then, let's just throwback about my life as a high school student.

Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!

Saturday, January 16, 2016

Cleaning the old stuff ─‿‿─

Assalamualaikum. Hai *lambai tangan* .
Hmm... mesti semua pelikkan tengok kosong je blog ni. Sebenarnya, saya dah bersihkan semua post yang lama. Sebab yang lama tu dah berhabuk. So, tahun ni dah 2016, so kita buka lembaran baru... Story pun yang baru lah. Hehehe..
Anyway... saya akan mula semula blogging... agak janggal sebenarnya... LOL
Takpe2... kita mula pelan-pelan...
Terima Kasih Ubi Keledek!Tlong LIKE!